Jalan Sirah
Meniti Jalan Nabi

Tidak Ada Lagi Wanita yang Dapat Melahirkan Anak seperti Khalid Bin Walid

0

Ketika berlakunya perang Muktah, Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah.

Rasulullah berkata, “Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid al-Walid yang digelar Pedang Allah. Peperangan Itu dimenangkan oleh Khalid al-Walid.”

Khalid bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperoleh kemenangan dalam semua peperangan itu. Dia terus menjadi panglima perang sehingga Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia. Apabila Umar al-Khatab menjadi khalifah, jawatan Khalid bin Walid dilucutkan dan tempatnya diganti oleh Abu Ubaidah bin Jarrah.

Related Posts

Surat Perjanjian Damai yang Dibuat Rasulullah untuk Raja Ukaidir di Dumah

Pada tahun 21 Hijrah, panglima Khalid bin Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun. Khalifah Abu Bakar pernah berkata, “Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid.”

Khalifah Umar al-Khattab pula berkata, “Saya tidak marah kepada Khalid, kecuali dia seorang yang amat keras terhadap musuh dan terlalu menyayangi pasukannya sehingga tidak menunggu persetujuan khalifah terlebih dahulu sebelum membahagiakan harta rampasan perang.”

Menurut Khalifah Umar al-Khattab lagi, “Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenal lelaki ltu daripada saya.” []

Sumber: Khalid Al-Walid: Memburu Syahid/Penulis: Abdul Latip Talib/Penerbit: PTS Litera,2007

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

you're currently offline