Jalan Sirah
Meniti Jalan Nabi

Sirah Singkat Rasulullah

0

 

• Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim.

• Tarikh lahir: Subuh Senin, 12 Rabiulawal/20 April 571 M, dikenali sebagai Tahun Gajah; bertepatan dengan peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah.

• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

• Nama bapak: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah, atau dikenal dengan Ummu Aiman yaitu hamba perempuan bapak Rasulullah SAW.

• ibu susu pertama: Suwaibah, hamba perempuan Abu Lahab.

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah, lebih dikenal Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah.

• Pada usia lima tahun. Terjadi peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan kekotoran dalam hatinya.

• Pada usia enam tahun. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di AI-Abwa’ sebuah perkampungan yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Baginda dijaga oleh Ummu Aiman, hamba perempuan bapak Rasulullah SAW dan dibiayai oleh kakeknya Abdul Muthalib.

• Pada usia delapan tahun, datuknya, Abdul Mutalib pula meninggal dunia. Baginda dijaga oleh pamannya, Abu Talib.

• Pada usia sembilan tahun (setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun), baginda bersama pamannya, Abu Talib berdagang ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan mengenai pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

• Pada usia 20 tahun baginda terlibat dalam peperangan Fijar ( lbnu Hisyam menyatakan ketika itu usia baginda ialah 14 atau 15 tahun). Baginda menyertai peperangan tersebut beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah .’ Baginda menyaksikan perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

• Pada usia 25 tahun. Baginda berdagang kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan milik Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang pamannya yang lain pergi berjumpa Amru bin As’h, paman Khadijah untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

• Pada usia 35 tahun. Berlaku peristiwa banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan keseluruhan dinding Ka’bah. Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan perseteruan berhubung perletakan batu tersebut.

• Pada usia 40 tahun. Baginda menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

• Pada usia 53 tahun. Baginda berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq. Tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

• Pada usia 63 tahun. Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632 M. []

Sumber: Indahnya Cinta Rasululla/ Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan/ Penerbit: Karya Bestari/ 2013

Artikel Terkait :

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

you're currently offline