Jalan Sirah
Meniti Jalan Nabi

Bekerja untuk Allah dan Upahku di Sisi Allah

0

Al-Hakim bercerita, pada suatu ketika, Umar r.a. bertanya kepada Said bin Amir bin Hidzyam, “Apa yang membuatkan penduduk Syam mencintai kamu?”

“Aku menjaga dan membantu mereka,” jawab Said, jujur kepada Umar r.a.

Umar pun memberi Said sedikit uang, yaitu sebanyak 10 ribu dinar. Namun, Said menolak wang itu dan berkata, “Aku bukan seorang hamba dan bukan penggembala. Aku hidup dalam keadaan cukup. Aku ingin amal kebaikan aku menjadi sedekah untuk kaum Muslimin.”

BACA JUGA: Istana Umar bin Khattab

“Jangan kamu lakukan itu. Ini kerana, Rasulullah memberikan aku wang. Tetapi, aku berkata seperti apa yang kamu katakan. Kemudian, Rasulullah berkata kepada aku bahawa apabila Allah memberikan kepada kamu harta yang tidak kamu minta dan tidak membuatkan kamu menjadi tamak, ambil harta itu. Ini karena, itu adalah rezeki daripada Allah yang diberikan oleh-Nya kepada kamu,” jawab Umar r.a.

Dalam laporan lain, ketika pemerintahan Umar r.a., Abdullah bin Sa’di bertemu dengan Umar r.a. Beliau berkata, “Bukankah aku bercerita kepada kamu berkenaan tindakan seseorang? Pada ketika dia diberi upah atas amal kebaikannya, dia menolak.”

“Benar,” aku menjawab.

“Jadi, apakah kamu juga seperti itu?”

“Aku bukan penggembala dan juga bukan seorang hamba. Aku hidup dalam keadaan cukup. Aku ingin upahku menjadi sedekah untuk kaum Muslimin.”

“Jangan kamu lakukan itu. Aku juga menginginkan seperti apa yang kamu inginkan. Pada suatu ketika, Rasulullah memberikan aku harta. Namun, aku meminta Rasulullah memberikan harta itu kepada orang yang lebih miskin daripada aku. Namun, Rasulullah sekali lagi memberikan harta itu kepada aku. Lalu, aku meminta Rasulullah memberikannya kepada orang yang lebih miskin daripada aku.”

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam mendengar jawapan aku itu, kemudian berkata, “Ambil sahaja harta itu. Kamu dapat menyimpan ataupun bersedekah dengannya. Apabila ada harta yang datang kepada kamu, sedang kamu tidak berasa tamak kerananya dan kamu tidak memintanya, ambil sahaja harta itu. Namun, apabila tidak, jangan kamu menangguhkannya.”

Ibnu Jarir berkata, “Umar menjadikan aku amil sedekah. Lalu, aku menjalankan kerja itu. Pada ketika dia memberikan upah, aku berkata kepadanya bahawa aku bekerja untuk Allah. Upah aku di sisi Allah.”

BACA JUGA: Keserakahannya Tak Mampu Melihat Kelembutan Kaum Muslimin

“Ambil apa yang aku berikan kepada kamu. Ini karena, ketika aku bekerja pada zaman Rasulullah, beliau memberikan aku upah. Lalu, aku berkata seperti apa yang kamu katakan. Mendengar perkataan itu, beliau meminta aku mengambil apa yang diberikan oleh beliau, sedangkan aku tidak memintanya daripada beliau, supaya aku dapat menyimpan ataupun menyedekahkan pemberian itu.” []

Sumber: Selembut Hati Rasulullah/Karya: Miftahul Asror Malik/Penerbit: PTS Islamika/2013

Artikel Terkait :

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More