Jalan Sirah
Meniti Jalan Nabi

Inilah yang Membuat Jejak Rasulullah Tak Terlihat

112

“Giatkan usahamu dalam memburu!”

Orang lain daripada kumpulan itu menambah, “Ya! Aku pasti mereka berdua masih belum jauh!”

Orang-orang kafir Quraisy tidak mudah berputus asa. Mereka terus memburu dan menjejak buruan mereka. Pikiran mereka dibajai dengan janji-janji pembesar Quraisy. Bagi sesiapa yang berjaya menangkap Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar sama ada hidup ataupun mati, orang yang berjaya akan dihadiahkan seribu unta.

BACA JUGA: Saat Hidayah Merasuki Hati Putra Abu Bakar

Mereka mengasah senjata sehingga berkilau dan siap sedia menghunus senjata, berwajah bengis melompat ke atas tunggangan masing-masing bagi meneruskan pemburuan. Semasa orang-orang kafir Quraisy sibuk dengan rancangan memburu, kelihatan seorang pengembala kambing membawa kambing- kambingnya keluar dari Makkah.

Pengembala itu ialah Amir Fuhairah. Beliau tenang mengembala kambing-kambing milik tuannya, Abu Bakar, meninggalkan Makkah menghala ke Gua Sur. Sepanjang perjalanan yang cemas itu, dia sempat mengukir senyuman kerana dipilih oleh Abu Bakar bagi melaksanakan misi penting ini.

“Walaupun saya hanya pembantu, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada saya,” bisiknya sendirian.

“Saya tidak akan mengsia-siakan amanah besar ini!” lanjutnya menyemangati dirinya sendiri.

Amir dengan tenang mengarahkan sekumpulan ternakan kambing bergerak menyurusi perjalanan yang ditempuh oleh Abdullah dan Asma’ sebelumnya.

“Inilah jalan yang dilaluinya. Nantinya jejak kaki mereka berdua pasti tidak akan terlihat karena jejek kaki kambing-kambing ini.”

Satu misi yang amat berbahaya dan pada bila-bila masa sahaja nyawanya berada di hujung pedang orang-orang kafir Quraisy. Pada waktu malam pula, Abu Fuhairah memerah susu kambing sebagai minuman kedua-dua insan mulia itu.

BACA JUGA: Inilah Fakta tentang Gua Tsur

Begitulah selama tiga hari dia berulang alik siang dan malam ke gua Sur. Beliau melakukan tugasnya dengan baik, malah berbangga kerana diberi peluang ikut serta memainkan peranan dalam misi hijrah ini. []

Sumber: 31 Kisah Teladan: Zikir Ikan di Lautan/Karya: Ezee Rahmani

Artikel Terkait :

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More