Foto: iStock

Bila Aku akan Miskin, Wahai Rasulullah?

Abu Nuaim melaporkan daripada Abu Rafa’, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Wahai Abu Rafa, bagaimana sekiranya kamu ditakdirkan dalam keadaan miskin?”

“Apakah aku tidak dapat bersedekah pada waktu itu?” Abu Rafa’ menjawab, sekaligus bertanya.

BACA JUGA: Sahabat yang Faqih, Zuhud dan Mahsyur Fatwanya

“Benar. Berapakah uang yang kamu miliki sekarang?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya.

“40 ribu dirham. Semuanya milik Allah.”

“Tidak, berikan sebahagian daripadanya dan simpan sebahagian lagi, serta berbuat baik kepada anak kamu.”

“Wahai Rasulullah, apakah itu termasuk hak mereka ke atas kami, sebagaimana hak kami ke atas mereka?”

“Benar, hak anak kepada orang tua adalah mendapat pengajaran Al-Quran, memanah, dan berenang.”

“Namun, bila aku akan miskin, wahai Rasulullah?”

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Selepas aku.”

Abu Sulaim berkata bahawa beliau melihat Abu Rafa menjadi miskin selepas Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam meninggal dunia, sehingga beliau duduk di suatu tempat, lalu berkata, “Siapakah orang yang mahu memberi sedekah kepada orang tua yang buta? Siapalcah orang yang mahu memberi sedekah kepada lelaki yang diberitahu oleh Rasulullah, dia menjadi miskin selepas Baginda meninggal dunia? Siapakah yang akan memberi sedekah? Ini karena, tangan Allah berada di atas, tangan orang yang memberi berada di tengah, dan tangan orang yang meminta berada di bawah. Tidak halal memberi sedekah kepada orang yang mampu, kuat, dan memiliki anggota badan yang sihat.”

Abu Sulaim berkata lagi, beliau melihat seorang lelaki memberi uang sebanyak 40 dirham kepada Abu Rafa’. Namun, beliau mengembalikan satu dirham.

BACA JUGA: Selamat dari Maut karena Sedekah

Lelaki itu berkata, “Wahai hamba Allah, apakah kamu tidak menginginkan sedekah aku?”

Lalu, Abu Rafa’ menjawab, “Rasulullah melarang aku menyimpan uang yang lebih.” []

Sumber: Selembut Hati Rasulullah/Karya: Miftahul Asror Malik/Penerbit: PTS Islamika/2013

About Dini Koswarini

Check Also

Kemudian Celakalah Dia! Bagaimanakah Dia Menetapkan?

Maka celakalah dia! bagaimana dia menetapkan? Kemudian celakalah dia! bagaimanakah dia menetapkan?

you're currently offline